Bekas pengurus akaun didakwa 'kebas' duit syarikat RM2.5 juta

Bekas pengurus akaun didakwa ‘kebas’ duit syarikat RM2.5 juta

MOHD. REAZAL MOHD. YASSIN dibawa ke Mahkamah Sesyen Muar atas 114 pertuduhan pecah amanah melibat wang berjumlah RM2.5 juta antara 2017 hingga 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang bekas pengurus akaun sebuah syarikat perabot di sini didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini,  atas 114 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM2.5 juta.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Reazal Mohd. Yassin, 48, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Irwan Suainbon.

Dia didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang tunai dan cek bernilai RM2,506,676.30, antara 20 Jun 2017 hingga 5 November 2019 di syarikat berkenaan di Kundang Ulu, Grisek, Tangkak.

Dia didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 14 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Amyra Natasha Azhar menawarkan wang jaminan berjumlah RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Namun, Mohd. Reazal yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan kerana memaklumkan sudah tidak bekerja dan menampung isteri serta ibu mentuanya yang tidak sihat.

Tertuduh turut memaklumkan dirinya tidak sihat dan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Hakim, kemudiannya mengarahkan tertuduh membayar wang jaminan sebanyak RM1,000 setiap pertuduhan berjumlah RM114,000 serta melantik peguam.

Mahkamah menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya