PETALING JAYA: Belumpun Parlimen dibubarkan, timbul cakap-cakap politik mengaitkan nama individu terkenal termasuk yang pernah memegang jawatan tertinggi sesebuah organisasi keselamatan dan siasatan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Antaranya, dua bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador selain Tan Sri Musa Hassan yang aktif memberikan komentar dalam ciapan di Twitter mengenai isu-isu semasa. Ciapan terbaharu Musa di Twitter berbunyi: “Orang politik musim nak pilihan raya sibuklah melabel sesuatu pihak rasis. Padahal semuanya mementingkan kaum atau kumpulan sendiri, tetapi tidak menganggap diri mereka rasis. Negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya