Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima meninggal dunia

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima, Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Perkara itu dikongsikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam, mantan Ketua Menteri Melaka dan Menteri Persekutuan, hari ini.

“Allahyarham merupakan mantan Ketua Menteri Melaka Kelima bagi tempoh 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982,” katanya.

Allahyarham pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya