Bekas banduan hilang disahkan meninggal akibat kencing tikus - Utusan Malaysia

Bekas banduan hilang disahkan meninggal akibat kencing tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Orang Banduan Berlesen (OBB) yang dipercayai hilang semasa bekerja kelmarin disahkan meninggal dunia akibat penyakit kencing tikus semalam.

Lelaki berusia 37 tahun dari Gua Musang, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.50 petang semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, lelaki berkenaan telah menerima rawatan di Hospital Machang akibat demam panas pada pukul 5 petang kelmarin sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia.

“Jenazah sudah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang lelaki yang merupakan OBB dipercayai hilang semasa bekerja sebagai buruh bersama tiga rakannya di pusat bandar ini semalam.

OBB yang berusia dalam lingkungan 30-an dan telah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan atas kesalahan dadah itu disedari hilang di tempat kerjanya kira-kira pukul 5 hingga 6 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya