Beberapa kawasan di Penampang dilanda banjir

Beberapa kawasan di Penampang dilanda banjir

KAMPUNG Kolopis, Penampang dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak petang semalam.-IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan sekitar Penampang masih banjir susulan hujan lebat yang turun sejak 3 petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, tiga kawasan iaitu Jalan Panglima Banting, Kampung Kolopis dan Penampang Proper masih lagi banjir hingga menyebabkan beberapa rumah dan taman perumahan di tepi jalan raya turut terjejas.

ANGGOTA APM bersama anggota bomba melakukan kerja mengalihkan pokok tumbang di Sungai Papar semalam.-IHSAN APM

Pemantauan yang dilakukan pada pukul 4 pagi tadi di sekitar kawasan berisiko banjir sekitar pusat bandar raya ini mendapati kebanyakan kawasan yang dilanda banjir kilat semalam sudah mulai surut.

“Kawasan hospot banjir seperti di Jalan Tuaran-Inanam, Jalan Tuaran-Keliangau, Jalan Kelombong Taman Nelly, Jalan Kilang Kelombong telah surut sepenuhnya dan boleh dilalui semula oleh semua jenis kenderaan.

“Setakat pagi ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, berlaku kejadian pokok tumbang kira-kira pukul 9 malam di Jambatan Sungai Papar berhampiran Kampung Buang Sayang.

Namun, kerja-kerja mengalihkan dahan pokok yang tumbang telah dilakukan serta-merta dan jalan utama menuju ke Pekan Papar itu boleh dilalui semula semalam.

Semalam pengguna dalam media sosial turut memuat naik rakaman video banjir di Kampung Sugud, Penampang iaitu kawasan yang terjejas teruk akibat banjir yang berlaku pada 15 September tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya