Azalina, Hannah bidas video wanita bangun lambat

Azalina, Hannah bidas video wanita bangun lambat

RINA HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua ahli Parlimen wanita daripada kerajaan dan pembangkang membidas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Mohd. Harun ekoran video mengaitkan golongan wanita dengan bangun lambat yang dimuat naik dalam media sosialnya, semalam.

Dalam kenyataan berasingan, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menempelak tindakan Rina yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri yang bertanggungjawab kepada wanita.

“Yang Berhormat Menteri, elok Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keluarga, buang sahaja perkataan ‘wanita’. 

“Senang kerja, rugi semua usaha kementerian dalam isu menentang keganasan terhadap wanita bagai mencurah ke daun keladi. Kasihan,” katanya dalam akaun Twitter beliau.

AZALINA OTHMAN SAID

Terdahulu, tular satu video memaparkan Rina bersama pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor yang didakwa memperlekeh golongan wanita dengan menggunakan ayat seperti ‘suka bangun lambat’ dan ‘wanita semua lambat’ dalam klip pendek bersempena Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Dalam nada sama, Hannah pula menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menggugurkan Rina sebagai menteri kerana memperlekeh peranan wanita.

HANNAH YEOH

Menurut beliau, ini bukan kali pertama Rina menggunakan publisiti murahan yang menjatuhkan imej jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

“Tahukah Rina ramai golongan ibu tidur lewat dan bangun sebelum subuh untuk membuat persiapan bagi keluarga mereka? Golongan wanita kerap menjadi mangsa stereotaip dan mangsa keganasan rumahtangga. 

“Bagaimana seorang menteri boleh membenarkan skrip dan video promosi program Kementerian yang merendahkan martabat dan mempersendakan kaum wanita?” soalnya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya