SEREMBAN: Sebuah bangunan asrama Tahfiz Rendah As Sofa di Dataran Sentral di sini, terbakar malam ini dan semua pelajar yang menyedari kejadian itu sempat menyelamatkan diri.
Pegawai Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pasukan bomba ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.22 malam.
“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat asrama Tahfiz Rendah As Sofa di bahagian aras dua dan tiga. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan api dikawal pada pukul 9.04 malam, ” katanya hari ini. – UTUSAN