Askar wataniah maut kemalangan pada Hari Malaysia, kereta bertembung trak tentera - Utusan Malaysia

Askar wataniah maut kemalangan pada Hari Malaysia, kereta bertembung trak tentera

KEADAAN kereta Proton Saga milik Nur Faiezah Aminah Shuib yang terperosok ke bawah trak tentera dalam kemalangan di Kilometer 49.2 Jalan Muar - Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang askar wataniah maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah trak tentera di Kilometer  49.2 Jalan Muar-Segamat, di sini petang semalam.

Dalam nahas kira-kira pukul 3.30 petang itu, Nur Faiezah Aminah Shuib, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada leher, kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan sebelum melanggar tembok pembahagi jalan serta masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera tersebut.

“Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat. Susulan itu, kenderaan Proton Saga berwarna kelabu mangsa berkenaan terperosok di  bawah hadapan trak tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Anggota tentera yang memandu trak terbabit tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya