Asid nitrik tumpah di SMK Sungai Udang, pembantu makmal cedera - Utusan Malaysia

Asid nitrik tumpah di SMK Sungai Udang, pembantu makmal cedera

ANGGOTA bomba membersihkan tumpahan bahan kimia jenis asid nitrik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang Pembantu Makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang di sini cedera pada bahagian kaki, selepas terkena tumpahan bahan kimia jenis asid nitrik dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd. Shah Dorahim berkata, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Udang oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Tangga Batu untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pukul 11.33 pagi dan seramai 17 anggota termasuk Pasukan Hazmat digerakkan ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya bomba tiba di tempat kejadian, didapati benar berlaku tumpahan bahan kimia dipercayai jenis asid nitrik di makmal sains sekolah berukuran 10 kali 15 kaki persegi. Pasukan bomba bertindak membuat pengungsian pada bangunan yang terlibat.

“Terdapat seorang mangsa seorang wanita berusia 37 tahun iaitu pembantu makmal telah terkena bahan kimia tersebut pada kaki. Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Udang untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shah, tiada pelajar yang berada di lokasi kejadian semasa tumpahan berlaku dan setakat pukul 1.50 petang tadi, operasi pembersihan masih berjalan.

“Pasukan Hazmat masih bertindak membuat pembersihan sisa tumpahan bahan kimia serta mengenalpasti jenis sebenar bahan kimia yang tumpah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya