Anwar tinggalkan Port Dickson? Kerusi pengkhianat jadi pilihan - Utusan Malaysia

Anwar tinggalkan Port Dickson? Kerusi pengkhianat jadi pilihan

ANWAR Ibrahim berucap pada Program Sembang Kencang KLS @ Anwar Ibrahim di Hotel Hiton Petaling Jaya. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di kerusi ‘pengkhianat’.

Kenyataan Anwar itu memberi gambaran yang berkemungkinan beliau akan bertanding di kerusi Gombak serta Ampang yang pernah dikuasai pemimpin utama parti itu.

Anwar bagaimanapun memaklumkan yang beliau belum memuktamadkan mengenai perkara itu.

“Kawasan kubu UMNO pun (PH) boleh masuk.

“Tetapi saya harus pilih kawasan-kawasan pengkhianat. Mesejnya bahawa pengkhianatan dalam politik (tidak boleh diterima).

“Kemungkinan besar (saya bertanding) di kerusi pengkhianat,” katanya pada program Sembang Kencang Kelab Wartawan Kuala Lumpur (KLS) @DSAI di hotel Hilton, Petaling Jaya malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut menjelaskan yang beliau masih mempunyai hubungan baik dengan Azmin.

Namun Presiden PKR itu berkata, ramai ahli PKR yang tidak senang dengan sikapnya itu.

“Saya kalau jumpa Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), saya masih menegur dia seperti biasa, tanya keluarga, anak. Kadang-kadang kawan saya tidak suka. Tetapi ini soal kemanusiaan.

“Sama seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, bila ke kantin, orang kata, tengoklah orang ini dengan penyamun, saya kata, kita perlu guna cara kemanusiaan. Biar tindakan diambil atas kerosakan yang dibuat, penindasan dan permasalahan terhadap rakyat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya