Ambil tindakan kawal aktiviti lombong Bukit Besi - Utusan Malaysia

Ambil tindakan kawal aktiviti lombong Bukit Besi

AKTIVITI perlombongan bijih besi didakwa dilakukan secara tidak terkawal di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri didesak mengambil tindakan drastik bagi memastikan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun tidak memusnahkan artifak bersejarah terowong kereta api yang terdapat di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud berkata, aktiviti perlombongan bijih besi yang didakwa dilakukan secara rakus itu perlu dihentikan segera untuk menyelamatkan artifak yang menjadi khazanah berharga negara di lokasi bersejarah itu.

Menurutnya, Bukit Besi adalah destinasi pelancongan yang terkenal dan setiap artifak di situ mempunyai nilai sentimental tersendiri yang perlu di­pulihara untuk tatapan generasi akan datang.

“Kita tidak menolak pemba­ngunan atau aktiviti perlombo­ngan kerana ia turut melon­jakkan industri ekonomi dan penduduk setempat.

“Namun, saya berharap kerajaan negeri dapat memantau aktiviti tersebut agar ia mematuhi peraturan dan prosedur sepatutnya bagi mengelak risiko kemusnahan di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan kebimbangan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun mengenai risiko musnahnya semua artifak berharga tersebut sekiranya aktiviti perlombongan itu masih dibiarkan tanpa pemantauan ketat pihak bertanggungjawab.

Setakat ini, kira-kira lima terowong kereta api yang dibina sejak 1930 lenyap setelah pembukaan semula aktiviti perlombongan bijih besi dibuka pada 2010.

Terowong kereta api itu dibina syarikat perlombongan dari Jepun, Kuhara Mining Limited untuk kerja-kerja mengangkut bijih besi ke tempat memproses bahan galian itu yang terdapat di kawasan tersebut sebelum dieksport ke beberapa buah negara luar.

Roslee berkata, beliau akan memperjuangkan isu tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi akan datang agar usaha pemulihan dapat dijalankan segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya