Ambil iktibar kepupusan Tasik Mentiga

Ambil iktibar kepupusan Tasik Mentiga

Pemandangan udara keadaan Tasik Mentiga yang boleh diibaratkan sebagai tasik mati ekoran terbiar sejak sekian lama hingga bertukar menjadi kawasan berpaya dalam tinjauan tasik tersebut yang terletak di Kampung Tasik Mentiga, Chini, Pekan, Pahang. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Tasik Mentiga yang telah pupus dan menjadi kawasan daratan seharusnya dijadikan iktibar supaya situasi sedemikian tidak terjadi terhadap tasik semula jadi kedua terbesar negara, Tasik Chini.

Selain Tasik Chini dan Ta­sik Bera, Tasik Mentiga juga me­rupakan tasik semula jadi , na­mun kewujudannya musnah disebabkan kerakusan manusia me­ngaut keuntungan dengan mengabaikan keles­ta­rian alam sekitar di situ.

Bercakap kepada Utusan Ma­lay­sia, sumber berkata, aktiviti pembalakan dan pertanian yang tidak dikawal memusnahkan Tasik Mentiga.

Menurut sumber, pembua­ngan sisa kilang sawit ju­ga me­nyebabkan pelbagai jenis tumbuhan dalam tasik itu mati.

“Hutan dibersihkan dan lang­sung tidak dijaga. Kelodak se­dimen turun ke tasik. Mendakan berlaku dan tasik menjadi cetek.

“Lihat dan ambil contoh apa yang telah pun berlaku di Ta­sik Mentiga, tasik ini mati dan menjadi daratan kerana langsung tiada pemeliharaan dan pemuliharaan.

“Adakah perkara sama kita mahu berlaku di Tasik Chini? Terpulang kepada pihak ber­wajib,” kata sumber tersebut di sini semalam.

Menurut sumber, dengan kea­daan semasa Tasik Mentiga yang sudah pun menjadi da­ratan, adalah sukar ia dapat dipulihkan kembali.

“Susah untuk pulih. Sebab 100 meter dari tasik perlu di­rezabkan untuk hutan seperti yang telah pun dijanjikan pihak berwajib dahulu.

“Namun ia tidak berlaku dan akhirnya memusnahkan tasik semula jadi berhampiran Tasik Chini itu,” katanya.

Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Aripin Said pula berkata, Tasik Mentiga kurang diketahui kisahnya oleh orang ramai jika dibandingkan dengan Tasik Chi­ni dan Tasik Bera.

 

Namun katanya, tasik se­mu­la jadi itu tidak sepatutnya dibiarkan mati sebaliknya perlu dibangunkan sebagai lokasi pe­la­ncongan dan rekreasi.

“Tasik, bukit, gunung dan pan­tai perlu dilestarikan ter­ma­suk flora dan faunanya. Jika tiada bukit dan tasik akan me­musnahkan alam sekitar, banjir akan berlaku dan yang menerima kesannya rakyat.

“Semua pihak mesti me­ng­ambil bahagian dan tang­gungjawab tentang alam sekitar ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya