Amaran air pasang besar, kemungkinan banjir di Selangor

Amaran air pasang besar, kemungkinan banjir di Selangor

AMIRUDIN Shari meninjau projek naik taraf sistem saliran di Taman Melawis yang dijalankan sejak April lalu dan dijangka siap pada 2024, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Penduduk negeri ini khususnya di Klang dan Kuala Selangor diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang bermula hari ini hingga Rabu ini yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Fenomena tersebut juga dijangka berlaku antara 27 hingga 29 September ini apabila paras air laut pasang berpotensi meningkat sehingga 5.4 meter.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, paras laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.

“Perlu diingat ketika banjir pada 17 dan 18 Disember lalu, paras laut tak sampai 5.4 meter, antara 4.7 meter hingga 4.8 meter.

“Mungkin banjir boleh berlaku, jadi kita minta semua peka terutama di kawasan Klang, Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya yang ada potensi berlaku banjir jika air pasang besar,” katanya ketika meninjau kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran air di Taman Melawis di sini semalam.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang  menerusi satu kenyataan memberi amaran mengenai fenomena air pasang besar mulai bulan ini hingga Disember.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, semua pihak perlu belajar daripada kejadian yang lepas dan membuat persiapan awal untuk menghadapi kemungkinan bencana itu.

“Kita perkemaskan mana yang boleh, projek tebatan banjir memang mengambil masa. Pengalaman saya di kawasan sendiri pun ada sebahagian projek belum selesai walaupun hampir tiga penggal saya di sana,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya