Ahli geng Jimmy kunci pagar,  baling cat merah kena berkas

Ahli geng Jimmy kunci pagar,  baling cat merah kena berkas

WAN MOHD. ZAHARI Wan Busu (dua, kiri) menunjukkan cat merah yang sudah dibungkus untuk dilemparkan ke rumah atau kereta peminjam serta rantai bermangga yang digunakan suspek untuk mengunci pintu pagar rumah dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis menahan lima suspek membabitkan seorang wanita yang sarat mengandung dan empat lelaki dipercayai ahli geng ‘Jimmy’ yang menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen.

Kelima-lima suspek berusia antara 29 tahun hingga 45 tahun itu ditangkap pada 1 September lalu, dengan tangkapan pertama sepasang kekasih kira-kira pukul 4 petang ketika sedang mengunci pagar rumah dan menghantar notis di kawasan Permatang Badak di sini.

Susulan itu, polis menahan tiga lagi lelaki di kawasan Perkampungan Sungai Isap yang sedang mencari rumah peminjam bagi melakukan aktiviti mereka termasuk menyembah cat merah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan seorang individu berkaitan gangguan dan ugutan rumah dikunci serta disimbah cat merah. 

Menurutnya, mereka ditangkap terlibat secara langsung dalam modus operandi membantu Ah Long melakukan perbuatan itu di beberapa buah rumah sekitar Kuantan berikutan kegagalan peminjam membuat bayaran hutang.

“Turut dirampas ketika tangkapan dua tong cat merah dan satu tong cat hitam, dua botol thinner, masing-masing satu batang besi, kayu dan plastik untuk membancuh, lapan rantai besi dan mangga, beberapa kertas tertera ugutan, butiran peminjam dan banyak lagi kelengkapan.

“Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati kelima-lima suspek mengaku membaling cat merah dan mengunci pagar rumah peminjam seramai lebih kurang 31 orang sejak 2021 hingga sekarang.

“Mereka mengaku dibayar berdasarkan perbuatan dilakukan dengan bayaran RM250 bagi kerja melempar cat, mengunci pagar menggunakan mangga RM150 dan RM60 bagi kerja menghantar notis… semua pembayaran adalah untuk setiap rumah yang mereka lakukan,” katanya dalam sidang akhbar berkaitan peminjam wang tanpa lesen di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Wan Zahari berkata, pihaknya masih berusaha untuk mengenalpasti dan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan individu yang bernama ‘Jimmy’.

Jelasnya lagi, pihak polis juga sedang menjalankan siasatan mengesan mangsa-mangsa lain yang masih belum membuat laporan polis sekali gus orang ramai yang telah atau sudah menjadi manga.

“Bukan sahaja mengesan penjenayah malah turut meminta orang ramai membuat laporan ataupun menyalurkan maklumat selanjutnya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda sehingga RM20,00; Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, jika sabit kesalahan penjara tiga tahun atau denda sehingga RM250,000 atau sebatan serta turut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari setahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya