Agong hadir Majlis Bacaan Yasin, Khutbah sempena Hari ATM ke-89

Agong hadir Majlis Bacaan Yasin, Khutbah sempena Hari ATM Ke-89

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir majlis sempena Hari ATM Ke-89 di Masjid Khalid Bin Al-Walid.-FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-89, di Masjid Khalid Bin Al-Walid, Kuala Lumpur, hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, majlis dihadiri kira-kira 2,000 jemaah itu dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil sebelum diteruskan dengan penyampaian Khutbah Khas Solat Jumaat bertajuk ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’. 

“Seri Paduka kemudian berkenan menunaikan solat Jumaat bersama jemaah dan warga ATM yang hadir diimamkan Brigadier Jeneral Mohamad Hamzah Adam.

“Usai solat Jumaat Seri berkenan bersalaman dan beramah mesra bersama jemaah yang hadir sebelum berangkat pulang pada pukul 2 petang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 12.40 tengah hari disambut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz; Panglima Tentera Darat Jeneral, Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany dan Panglima Tentera Udara Jeneral, Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya