90 peratus murid pilih tidak pakai pelitup muka dalam kelas

90 peratus murid pilih tidak pakai pelitup muka dalam kelas

SEKITAR 90 peratus murid memilih tidak memakai pelitup muka semasa berada di dalam kelas susulan kelonggaran yang diberikan Kementerian Pendidikan yang tidak lagi mewajibkan pemakaiannya di kawasan sekolah.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Hampir 90 peratus murid di negeri ini memilih tidak memakai pelitup muka khususnya dalam kelas.

Bagaimanapun, mereka memakai pelitup muka apabila berada di lokasi ramai seperti di kantin atau semasa mengikuti perhimpunan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis di sini mendapati, kebanyakan murid memilih tidak memakai pelitup semasa pembelajaran dan mereka kelihatan lebih selesa.

Mengambil kira sekitar 30 orang di dalam setiap kelas itu, sekurang-kurangnya lima murid daripada jumlah tersebut kekal memakai pelitup muka.

Tinjauan di beberapa buah sekolah lain sekitar negeri ini pula mendapati, kebanyakan murid dilihat memilih memakai pelitup muka semasa dihantar ibu bapa ke sekolah.

Seorang murid dari SK Seri Indera, Sharifah Amina Syed Azlan,12, berkata, dia memilih tidak memakai pelitup muka semasa berada di dalam kelas kerana lebih selesa apabila belajar.

Katanya, di kawasan ramai seperti kantin dan apabila datang dan pulang dari sekolah. dia memakai pelitup muka kerana pada waktu itu sesak.

“Saya lebih selesa tidak memakai pelitup muka khususnya apabila berada di dalam kelas. Keselesaan di dalam kelas itu penting apabila kita sedang dalam proses pembelajaran. Di kawasan-kawasan lain mungkin tidak mengapa untuk terus kekal memakai pelitup muka.

“Bagaimanapun, saya tetap berwaspada dengan akan memakai pelitup muka apabila berada di tempat ramai orang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan sebaliknya mengikut pilihan masing-masing.

Ketetapan baharu itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin selain menambah pemakaian pelitup muka masih digalakkan dalam sekolah terutama di tempat yang ramai orang.

Bagaimanapun, kata Radzi, murid-murid yang menaiki bas sekolah diingatkan sentiasa memakai pelitup muka.

Sementara itu, seorang ibu, Fazima Dimat,34, berkata, dia tetap membekalkan pelitup muka kepada anaknya yang berusia enam tahun apabila pergi ke sekolah.

“Di dalam kelas mungkin tidak mengapa tidak pakai kerana ia lebih memberi keselesaan kepada kanak-kanak ini apabila belajar. Apabila waktu datang dan balik sekolah saya akan pastikan anak saya pakai pelitup muka,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya