8 termasuk 4 wanita dicekup, dadah hampir RM90,000 dirampas

8 termasuk 4 wanita dicekup, dadah hampir RM90,000 dirampas

ANTARA dadah dan peralatan yang dirampas dalam dua serbuan di Jalan Tanjung Puteri, Johor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan lapan individu termasuk empat wanita dan merampas pelbagai jenis dadah lebih 1.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM88,500 dalam dua serbuan di Jalan Tanjung Puteri, dekat sini, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warga asing berusia antara 27 tahun hingga 41 tahun.

Serbuan pertama pada pukul 7 malam itu menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 33 tahun hingga 38 tahun di sebuah rumah di kawasan Jalan Tanjung Puteri.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah merampas sejumlah dadah jenis serbuk ekstasi 1.2kg yang dianggarkan bernilai RM61,700. Dalam serbuan sama, polis merampas wang tunai berjumlah RM2,700 dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Raub berkata, susulan risikan dan soal siasat yang dijalankan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Johor membuat serbuan di sebuah rumah di jalan yang sama pada pukul 8.40 malam.

Dalam serbuan kedua itu, polis menahan dua lelaki dan tiga wanita tempatan berumur 27 tahun hingga 41 tahun. 

“Hasil pemeriksaan yang dibuat di rumah tersebut merampas dadah jenis serbuk ekstasi 133 gram, tujuh biji pil Erimin 5 dan dua botol cecair ekstasi dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM26,800. Turut dirampas ialah kenderaan jenis Perodua Myvi dan jumlah keseluruhan nilai rampasan yang dibuat dalam serbuan ini dianggarkan sebanyak RM211,200,” katanya. 

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Kesemua suspek ditahan reman tujuh hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya