65,898 mahasiswa mohon peranti siswa fasa kedua

65,898 mahasiswa mohon peranti siswa fasa kedua

NORAINI Ahmad mengambil hidangan  Menu Keluarga Malaysia yang disediakan  di kantin pelajar di Unisza Kampus Besut, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seramai 65,898 mahasiswa dari seluruh negara memohon kemudahan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia fasa kedua dalam tempoh sebulan bermula 1 Ogos lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 45,341 pemohonan  layak menerima peranti tersebut iaitu dalam bentuk sebuah tablet model terkini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 20,557 permohonan lagi masih dalam proses semakan.

Menurutnya, seramai 3,156 permohonan peranti tersebut merupakan pelajar dari Terengganu.

“Jumlah keseluruhan mahasiswa di pusat pengajian tinggi di seluruh negara adalah 1.6 juta orang. Daripada jumlah tersebut, lebih 300,000 pelajar tersebut daripada keluarga B40 layak memohon kemudahan peranti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Bangunan Akademik dan Pentadbiran, Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Taman Rimba Ilmu Ramah Bris (TRIBE) dan Agropreneur Incubator Park (AIP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut di sini, hari ini.

Noraini berkata, pelajar yang berkelayakan masih berpeluang memohon kemudahan peranti tersebut bagi fasa kedua yang dibuka sehingga akhir bulan ini.

“Penyampaian peranti permohonan fasa kedua ini dijangka dapat dilakukan pada Oktober, sebaik saja permohonan ditutup pada 30 September,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam.

Pada majlis pelancaran itu Ismail Sabri juga mengagihkan tablet bagi permohonan fasa pertama yang dibuka pada 15 April hingga 15 Mei. Seramai kira-kira 100,000 mahasiswa memohon mendapatkan peranti tersebut pada fasa pertama.

Selain itu, Dr. Noraini berkata, kementerian sentiasa memantau kantin pelajar di setiap institusi pengajian tinggi awam bagi memastikan hidangan Menu Keluarga Malaysia bernilai RM3.50, diberikan dalam kuantiti munasabah dan tidak mengabaikan aspek kualiti makanan.

“Kerajaan juga telah memberikan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan tersebut mulai Julai lepas, jadi mereka sepatutnya boleh menawarkan menu pada kuantiti yang munasabah kepada pelajar,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya