2,000 hadiri ceramah Syamsul Debat - Utusan Malaysia

2,000 hadiri ceramah Syamsul Debat

SYAMSUL Debat mengadakan ceramah dengan Pengarah Tourism Johor, Shuhairi Hashim selaku moderator sempena Festival Majestic Johor 2022 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kira-kira 2,000 pengunjung memenuhi kawasan lapang di hadapan pentas utama bagi mendengar dan menyaksikan tazkirah penceramah terkenal Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat.

Walaupun ceramah bermula pukul 9 malam, namun orang ramai sanggup datang awal termasuk sanggup duduk di atas jalan beralaskan tikar.

Syamsul Debat yang terkenal dengan ceramahnya berunsurkan nasihat dan diselitkan dengan lawak jenaka berjaya mencuit hati para pengunjung malam tadi.

Pengarah Tourism Johor, Shuhairi Hashim pula bertindak sebagai moderator dalam ceramah yang berlangsung selama satu jam setengah.

KIRA-KIRA 2,000 pengunjung menyaksikan ceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat sempena Festival Majestic Johor 2022 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Orang ramai yang menyaksikan ceramah tersebut tidak berganjak dari tempat masing-masing walaupun ada yang terpaksa berdiri.

Ceramah tersebut merupakan salah satu program yang dianjurkan sempena penganjuran Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 yang berlangsung mulai 8 hingga 18 September ini.

FMJ 2022 yang masuk hari kesembilan di Puteri Harbour menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran oleh 25 agensi kerajaan dan swasta, jualan makanan dan minuman di 150 gerai serta 80 gerai yang menjual pelbagai barangan keperluan termasuk dari Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Festival yang dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi Tourism Johor itu turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), UEM Sunrise dan Iskandar Puteri Tourism Action Council (IPTAC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya