1,500 Rumah Mesra Sabah bakal dibina

1,500 Rumah Mesra Sabah bakal dibina

Hajiji mendengar taklimat oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya ketika mengunjungi pameran SMJ di Perkampungan Rumah Budaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bernilai RM70,000 juta bakal dibina di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu golongan miskin tegar memiliki rumah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rumah terbabit akan dibina di semua 73 kawasan DUN menggunakan geran khas Persekutuan bernilai RM125.6 juta yang disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) negeri pada tahun ini.

Pada masa sama, Hajiji  meminta KPLB memastikan hanya penerima yang layak mendapat rumah tersebut.

“Kita mesti pastikan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak memiliki rumah. Antara kriteria Rumah Mesra SMJ ialah mereka berada dalam senarai e-kasih, miskin dan miskin tegar yang berpendapatan di bawah RM1000, rumah rosak akibat bencana alam atau orang kurang upaya,” katanya ketika melancarkan Rumah Mesra SMJ di Perkampungan Rumah Budaya, daerah Kuala Penyu, Sabah kelmarin. 

Jelas, Hajiji, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) juga komited untuk terus menggandakan usaha bagi menjaga kebajikan rakyat termasuk pemilikan rumah.

Terdahulu, pelancaran Rumah Mesra SMJ itu sejajar dengan inisiatif kerajaan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya bagi membantu rakyat dan memastikan mereka mempunyai akses kepada perumahan mampu milik.

Malah pelancaran itu juga memberi makna besar bagi Kerajaan Negeri GRS-BN kerana ia bertepatan dengan ulang tahun keduanya menerajui pentadbiran di negeri itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya