1,356 kes konflik manusia-hidupan liar sejak 2017

1,356 kes konflik manusia-hidupan liar sejak 2017

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 kematian dan 1,315 kecederaan dicatatkan daripada keseluruhan 1,356 kes berpunca daripada konflik antara manusia dan haiwan liar sejak 2017 hingga Julai lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) , Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, antara punca kematian adalah disebabkan serangan babi hutan (13 kes), gajah (sembilan kes), ular berbisa (enam kes), beruk (dua kes) dan lontong (satu kes).

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat supaya sentiasa berwaspada dengan kemunculan haiwan liar yang boleh menyebabkan sebarang kemungkinan berlaku.

“Dinasihatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan kehadiran hidupan liar di kawasan kebun, penempatan atau habitat asal hidupan liar,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan, pelbagai konflik hidupan liar dan manusia terjadi antaranya gajah sehingga menyebabkan pelbagai jenis kerugian dihadapi oleh penduduk setempat.

Konflik tersebut dipercayai berpunca daripada penerokaan hutan atau habitat haiwan liar secara berleluasa sehingga tiada tempat untuk haiwan tersebut tinggal dan mencari makan, menyebabkan mereka keluar daripada kawasan itu.

Mengakui perkara itu, Abdul Kadir berkata, projek-projek pembangunan dan pembukaan kawasan sudah memusnahkan serta mengecilkan habitat asal hidupan liar.

“Kehilangan habitat asal adalah punca menyebabkan hidupan liar keluar dari habitat asal yang mana berpotensi untuk bertembung dengan manusia dan mewujudkan konflik manusia-hidupan liar,” jelasnya.

Tambahnya, Perhilitan mengambil beberapa langkah untuk membendung ancaman dan mengurus hidupan liar daripada mencetuskan konflik.

“Antara langkahnya adalah mengawal populasi konflik dengan menjalankan operasi pemasangan perangkap di lokasi-lokasi berisiko konflik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya