13 kampung, taman terjejas banjir kali ketiga di Baling sejak Julai

13 kampung, taman terjejas banjir kali ketiga di Baling sejak Julai

STRUKTUR jalan yang bersambung dengan Jambatan Bailey rosak akibat banjir kali ketiga di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Sebanyak 13 buah perkampungan dan perumahan yang melibatkan 74 unit rumah dikenal pasti terjejas akibat banjir kali ketiga sejak Julai lalu di Mukim Kupang dan berhampiran Pekan Baling sejak petang semalam.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Iboi; Kampung Bendang Bechah; Kampung Hangus; Kampung Bendang Padang; Kampung Tok Saba; Kampung Masjid Iboi; Kampung Lata Chelak dan Kampung Tanjung Nering.

Selain itu, Taman Bayu Sejahtera, Kampung Sungai Batu, Taman Bayu Indah 1, Taman Bayu Indah 2 dan Taman Bayu Permai yang terletak berhampiran sungai turut dilaporkan dinaiki air akibat banjir terbabit.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, tiada sebarang mangsa dipindahkan di lima kawasan itu dengan air di Taman Bayu Sejahtera surut sepenuhnya sekitar pukul 10 malam tadi.

“Terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Kampung Padang Empang dan Masjid Al Huda, Kampung Hangus yang menempatkan 37 keluarga dan mangsa berjumlah 130 orang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

“Hujan berhenti pada pukul 6 petang semalam dan banjir telah mulai surut namun anggota polis dan agensi terlibat masih membuat pemantauan dan kawalan termasuk di PPS yang dibuka,” katanya di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya