Zahir semangat patriotisme dengan pertahan Perlembagaan 

Zahir semangat patriotisme dengan pertahan Perlembagaan 

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat di negara ini boleh menzahirkan semangat patriotisme dalam diri masing-masing dengan cara mempertahan Perlembagaan Persekutuan dan menghormati keluhurannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perlembagaan Persekutuan bukan sekadar dokumen undang-undang tertinggi negara, sebaliknya ikrar dan ikatan janji untuk hidup damai sejahtera di Malaysia.

Katanya, menjadi tanggungjawab setiap rakyat memberi kasih sayang terhadap negara kerana ia adalah ibadah, sama seperti mencintai agama.

“Kalau bukan kita yang menjunjung Perlembagaan negara dan segala semangatnya, siapa lagi? Ini tugas moral yang tergalas atas bahu setiap anak Malaysia. 

“Marilah melunaskannya dengan ikhlas, semoga ganjarannya adalah kemuliaan dan amal soleh di sisi Tuhan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook sempena Hari Kebangsaan 2022.

Selain itu, Mohamed Khaled berkata, rakyat juga perlu bersikap kompetitif dalam usaha memajukan diri, bangsa dan negara, 

Katanya, individu yang kompetitif akan berpandangan jauh di samping tidak berhenti menajamkan bakat dan akal dengan pelbagai kemahiran, malah sentiasa positif dalam pemikiran dan watak mereka.

Menurutnya, dalam era global ini, hanya golongan yang sanggup berhadapan dan menguasai masa depan, berupaya mempertahan keunggulannya sebagai bangsa yang merdeka.

“Semakin meningkat usia kemerdekaan Malaysia, semakin tinggi juga seharusnya azam kita untuk memajukan nusa dan bangsa.

“Walaupun negara terus berdepan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran yang kompleks, yang menuntut pemikiran dan pengorbanan besar, namun di sebalik semua badai dan gelora dihadapi, jangan sesekali meragui kekuatan Malaysia,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya