Warga Indonesia maut dihempap bangunan runtuh - Utusan Malaysia

Warga Indonesia maut dihempap bangunan runtuh

SEORANG pekerja kontrak pembinaan maut dihempap runtuhan bangunan dalam kejadian berdekatan ladang kelapa sawit Jemima & Sungai Sendayan Estet, Bandar Springhill, Port Dickson hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang warga Indonesia yang berstatus permaustatin tetap maut dihempap runtuhan bangunan di projek berdekatan ladang kelapa sawit Jemima & Sungai Sendayan Estet, dekat Bandar Springhill di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muzakkir Bakri, 53, dan beralamat di Kampung Benggali di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Rosman Md Nor berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 3.55 petang sebaik sahaja meneima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Sebaik sahaja tiba, didapati terdapat runtuhan bangunan melibatkan dinding batu menimpa seorang pekerja kontrak lelaki berusia 53 tahun dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada runtuhan tersebut.

“Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan akibat pendarahan teruk dan kecederaan di bahagian kaki,” katanya hari ini.

Jelas Mohamad Nor, ketika kejadian terdapat tiga pekerja kontrak sedang bekerja, namun hanya seorang mangsa dihempap runtuhan itu.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya