Wanita ugut sebar gambar bogel pengurus kilang 

Wanita ugut sebar gambar bogel pengurus kilang 

AHMAD ADNAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Perkenalan singkat melalui aplikasi WhatsApp menjerat seorang pengurus kilang apabila diperas ugut seorang kenalan wanitanya untuk menyebarkan gambar dan video bogel mangsa dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian bermula selepas lelaki berusia 55 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita dikenali Lulu melalui WhatsApp pada 10 Ogos lalu.

Katanya, selepas lima hari berkenalan, wanita itu membuat panggilan video di WhatsApp dengan menunjukkan badan bogelnya tanpa wajah dan mengajak mangsa melakukan perkara sama.

“Pada hari sama, suspek  mengugut mangsa dan meminta bayaran sebanyak RM5,000. Sekiranya tidak ditunaikan, suspek akan menyebarkan gambar dan video bogel lelaki itu di dalam WhatsApp, Facebook dan Instagram.

“Bimbang dan takut dengan ugutan itu, mangsa membuat transaksi dalam talian dengan memindahkan wang sebanyak RM3,888 ke dalam akaun bank yang diberikan suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sejak kejadian itu, suspek mengugut mangsa untuk memasukkan lagi wang dengan alasan masih terdapat rakaman gambar dan video selain bayaran untuk memadamkan bahan tersebut.

Katanya, mangsa yang takut aksi lucahnya tersebar memasukkan wang berjumlah RM33,516 secara berperingkat ke beberapa akaun bank atas penama berlainan.

“Pengadu hanya menyedari ditipu apabila suspek kedua iaitu seorang lelaki memaklumkan transaksi terakhir gagal  dan meminta memasukkan wang sekali lagi,” katanya. 

Tambah beliau, siasatan mendapati suspek memperdaya mangsa untuk membuat panggilan video melalui WhatsApp dan melakukan aksi lucah sambil merakam perbuatan tersebut.

“Pemerasan dibuat ke atas mangsa apabila suspek berkongsikan tangkap layar memaparkan gambar dan video pengadu yang menampakkan muka dan badan pengadu dalam keadaan bogel,” katanya.

Katanya, laporan polis dibuat mangsa semalam di Balai Polis Langkap dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya