Wad isolasi Hospital Melaka RM1.3 juta, dibina tahun depan

Wad isolasi Hospital Melaka RM1.3 juta, dibina tahun depan

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Hospital Melaka akan dilengkapi sebuah bangunan wad isolasi separa kekal bernilai RM1.3 juta yang dikhaskan untuk penyakit berjangkit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, wad tersebut adalah kerjasama dengan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) dan akan dibina pada tahun depan.

Menurut beliau, peruntukan untuk membina wad berkenaan telah diluluskan sebelum ini, namun pihaknya memerlukan sedikit masa bagi mendapatkan bajet tambahan bernilai RM300,000.

“Peruntukan ini dijangka diterima sebelum Disember  sebagai tambahan kepada RM1 juta yang sudah diperoleh. Wad isolasi ini ibarat jabatan kecemasan dan dikhaskan untuk penyakit berjangkit supaya tidak mengganggu jabatan kecemasan sedia ada.

“Kita akan bina wad separa kekal ini di kawasan parkir bersebelahan ruang lobi hospital yang akan menempatkan antara 40 hingga 50 buah katil,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau di sini hari ini.

Tambah Muhamad Akmal, pembinaan wad itu membuktikan usaha berterusan kerajaan negeri dalam mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan di Melaka. —UTUSAN

 

HABIS///

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya