Van bawa 16 murid sekolah terbabas ke parit - Utusan Malaysia

Van bawa 16 murid sekolah terbabas ke parit

VAN yang membawa 16 murid terbabas dalam kemalangan di jalan berdekatan Taman Rhu, Tikam Batu, di Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan patah tangan kanan dan 16 cedera ringan selepas van sekolah dinaiki mereka terbabas di jalan berdekatan Taman Rhu, Tikam Batu, di sini, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan tersebut pada pukul 7.40 pagi.

Beliau berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dan BBP Sungai Petani telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pihak kami mendapati kemalangan membabitkan sebuah van sekolah yang membawa murid sekolah rendah terbabas sendiri di bahu jalan dan didapati tiada mangsa yang tersepit.

“Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa berusia 50 tahun yang merupakan pemandu van sekolah tersebut, 10 kanak-kanak lelaki berusia antara 7 hingga 12 tahun dan enam kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 7 hingga 12 tahun.

“Terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan 8 hingga 10 tahun mengalami patah tangan kanan manakala pemandu van dan 15 lagi kanak-kanak lain mengalami cedera ringan,” jelasnya.

Menurut beliau, BBP Tikam Batu telah bertindak memberi rawatan awal kepada semua mangsa dan mereka dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

“Operasi ini tamat sepenuhnya pada pukul 8.44 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya