Vaksin Spikevax lulus untuk individu 12 tahun ke atas - Utusan Malaysia

Vaksin Spikevax lulus untuk individu 12 tahun ke atas

VAKSIN Spikevax. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Spikevax, keluaran Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol kepada golongan yang berusia 12 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-375 berkenaan pendaftaran vaksin Covid-19 Kementerian Kesihatan.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut terus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

“Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk meningkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Vaksin Spikevax sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berusia 18 tahun dan ke atas.

Sehingga kini, PBKD telah memberi kelulusan kepada vaksin Corminaty keluaran Pfizer dan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac untuk digunakan dalam kalangan individu yang berusia 12 tahun dan ke atas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya