UNISEL terus lahirkan profesional fotografi - Utusan Malaysia

UNISEL terus lahirkan profesional fotografi

Pelajar Diploma Fotografi UNISEL Batch DP39 bersama tenaga pengajar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minggu lepas saya berkesempatan ke Visual Art Exhibition Showcase (VEX 2022) di Galeri VAD, Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Pengkomputeran, bagi melihat sendiri hasil kerja pelajar tahun akhir bagi pengajian Diploma Teknologi Fotografi (batch DP39).

Unisel telah berjaya menghasilkan sebanyak 600 lepasan pelajar Fotografi bagi mengisi permintaan tenaga kerja profesional fotografi.

Seramai 11 pelajar akhir perlu menghasilkan empat  tugasan di bawah subjek Pengiklanan, Fesyen, Foto Kewartawanan dan Seni Halus Fotografi. 

Gabungan grafik dan foto menghasilkan hasil yang kemas oleh Wan Siti Khairunisa.

Di samping itu pada bulan pertengahan Julai pelajar telah melakukan selaman skuba di bawah selian pensyarah mereka, Nazrul Azha Abu Hasan bagi  menghasilkan gambar dalam air (underwater photography) di Pulau Tenggol, Terengganu. Pelajar perlu memilih hasil bidikan terbaik untuk dipamerkan pada pameran akhir mereka.

Menurut Ketua Jabatan Seni Visual UNISEL, Nur Shazleen Md Yusof, Diploma Teknologi Fotografi UNISEL antara universiti yang masih mewajibkan pelajar mempelajari dan mampu memproses penghasilan gambar hitam putih secara asas.

Fotografi komersil makanan oleh Aina Zulhaira.

Pelajar didedahkan dengan kemahiran menghasilkan gambar secara analog dan memproses mengikut urutan sehingga menghasilkan gambar hitam putih.

Salah seorang pelajarnya,  Ahmad Asyraf gembira dan terharu berjaya menamatkan tugasan yang diberi. Beliau cenderung menghasilkan gambar kewartawanan foto kerana sukakan cabaran bertugas di lapangan. 

Fesyen potret yang dibidik oleh Nurul Syazwina

Nurul Syazwina, pula menghadapi cabaran dari segi kewangan dan masa bagi menghasilkan tugasan akhir beliau, beliau bangga dapat melakukan setiap tugasan seperti yang diharapkan oleh tenaga pengajar. Hasil Karya pelajar telah dinilai oleh pensyarah dan daripada penilai luar  iaitu Zainal Abdul Halim bekas jurufoto agensi berpengalaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya