UMNO tidak pernah minta PM campur tangan kes Najib - Utusan Malaysia

UMNO tidak pernah minta PM campur tangan kes Najib

MOHAMAD Hasan dalam sidang akhbar pada sesi libat urus Biro Politik Bahagian-Bahagian UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: UMNO tidak pernah meminta Perdana Menteri agar campur tangan dalam rayuan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan seperti yang didakwa.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu juga tidak pernah menyerang badan kehakiman berhubung cara Mahkamah Persekutuan mengendalikan rayuan Najib.

Mohamad berkata, tuduhan UMNO meminta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan kes mahkamah Najib hanya spekulasi.

“Tak ada siapa minta campur tangan (kes Najib). Itu spekulasi orang, saya tak mampu nak menjawab bagi pihak orang lain.

“Tanya dialah peramal-peramal, ahli nujum banyak sekarang. Tanya merekalah tapi parti tidak pernah mendesak Perdana Menteri untuk campur tangan.

“Apa yang kita minta ialah supaya Najib diberikan penghakiman dan perbicaraan yang adil dan itu biasa, itu tak mencemar atau menghina sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sesi libat urus Biro Politik Bahagian-Bahagian UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Semalam, terdapat dakwaan ketua-ketua bahagian UMNO yang berkumpul pada mesyuarat tergempar dengan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur menuntut campur tangan Perdana Menteri untuk menangguhkan rayuan terakhir Najib berhubung sabitan SRC International.

Mengenai dakwaan pemimpin kanan UMNO menyerang badan kehakiman berhubung cara Mahkamah Persekutuan mengendalikan rayuan Najib, Mohamad berkata, UMNO juga tidak menyerang institusi itu.

Menurutnya, jika ada kenyataan yang menyentuh mahkamah dan kehakiman, itu bersifat peribadi.

“Kami (UMNO) tak pernah menyentuh kredibiliti sistem kehakiman atau mahkamah. Kalau ada sesiapa bercakap begitu, dia tidak mewakili parti,  yang mewakili parti apa yang dikeluarkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung.

“Saya pernah beri kenyataan bahawa saya kecewa kerana pada pandangan saya secara peribadi orang yang dituduh perlu mendapat ruang yang seluas-luasnya untuk membela diri, jadi saya harap Najib diberikan perbicaraan yang adil.

“Bersalah atau tidak itu, terpulang kepada hakim tapi penghakiman yang adil itu perlu diberikan kepada sesiapa sahaja sama ada orang biasa atau orang besar agar sesiapa yang dituduh mesti mendapat ruang pembelaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya