UMNO, Pas perlu ke meja rundingan demi 27 kerusi MN

UMNO, Pas perlu ke meja rundingan demi 27 kerusi MN

Pas tidak pernah ajak Bersatu bincang mengenai mengembalikan semula Muafakat Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO dan Pas perlu kembali ke meja rundingan bagi memastikan 27 kerusi yang sangat berisiko tidak jatuh kepada Pakatan Harapan (PH) jika kedua-dua parti itu bertembung dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marsuki berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memelihara bahtera Muafakat Nasional (MN) yang merupakan penyelamat di samping boleh menafikan peluang PH untuk menang.

Katanya, walaupun hasrat untuk membentuk kerjasama digariskan dalam Piagam MN masih jauh untuk dicapai kedua-dua parti, namun usaha untuk menghalang kemaraan PH wajib diteruskan.

“PRU15 akan berlaku bila-bila masa dari sekarang dan risiko untuk PH menang sekali lagi adalah tinggi dengan situasi parti-parti Melayu yang berpecah kepada gabungan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

“Jika PRU lalu, perpecahan undi berlaku kerana gabungan BN dan Gagasan sahaja, namun dengan kewujudan tiga gabungan, maka, risiko untuk PH menang pasti lebih tinggi,” katanya  dalam hantaran di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Dalam PRU14, sebanyak 20 kerusi terlepas kepada PH manakala bakinya sangat berisiko untuk jatuh kali ini, jika UMNO-Pas bertembung di kerusi-kerusi itu

Sehubungan itu, Mohd. Zuhdi menyarankan kedua-dua parti mencari jalan penyelesaian dengan mewujudkan ‘kerusi MN’ sempena semangat penyatuan ummah yang dicetuskan parti terbesar orang Melayu tersebut.

Malah, katanya, kedua-dua parti juga boleh bersama-sama membentuk jentera di kerusi berkenaan bagi menjamin kemenangan selesa calon mereka.

“Saya yakin cadangan mewartakan 27 kerusi MN ini boleh dipersetujui oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menjadi mimpi ngeri kepada PH kerana peluang mereka untuk menang di kerusi berkenaan menjadi malap. 

“Menjelang tiga tahun penubuhan MN, pastinya ummah merasa lega jika 27 kerusi itu dapat diselamatkan dan seterusnya PH akan gagal menguasai Malaysia sekali lagi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya