Ular sawa kekenyangan baham anak lembu ditangkap 

Ular sawa kekenyangan baham anak lembu ditangkap 

ANGGOTA APM menangkap seekor ular sawa  di Kampung Tapah, Hulu Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU:  Seekor ular sawa  yang  kekenyangan selepas membaham seekor anak lembu jantan ditangkap Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Tapah, di sini, hari ini.

Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Kapten(PA) Mohd. Zabri Abd. Razak berkata. pihaknya menerima panggilan berhubung kehadiran reptilia sepanjang kira-kira 20 meterseberat 90 kilogram itu daripada orang awam pada pukul 9.16 pagi.

Katanya, sejurus selepas menerima maklumat, beliau bersama seorang pegawai dan lima anggota ke lokasi bagi menangkap ular berkenaan. 

“Sebaik sahaja tiba di kawasan bukit berhampiran kandang lembu, didapati seekor ular sawa  telah menelan seekor anak lembu jantan berusia sekitar dua minggu seberat kira-kira 50 kilogram.

“Pihak kami bertungkus-lumus mengeluarkan ular sawa tersebut daripada semak samun dan akhirnya menangkapnya setelah hampir satu jam berusaha,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini penduduk mendakwa  beberapa kejadian kambing hilang di kampung  berkenaan dan dipercayai ditelan ular berkenaan. Reptilia itu kemudian dilepaskan ke habitat asal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya