Tugu Peringatan Sungai Kelamah kini terancam

Tugu Peringatan Sungai Kelamah kini terancam

SEORANG penduduk, Yusoff Hashim, menunjukkan Tugu Peringatan Sungai Kelamah di Gemas, Tampin, Negeri Sembilan yang kini terancam dengan beberapa pembinaan kawasan sekitarnya. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Ketika negara memasuki bulan kebangsaan, sebuah tapak bersejarah semasa Perang Dunia Kedua kini didakwa terancam dengan pembangunan sekitarnya.

Pengerusi Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG), Shaharom Ahmad, 48, berkata, kawasan Tugu Peringatan Sungai Kelamah, di Gemas di sini sangat penting untuk dipulihara kerana ia adalah kawasan pertempuran Perang Dunia Kedua yang melibatkan tentera Australia dan Jepun pada 14 Januari 1942.

“Kini apa yang dibimbangkan adalah kawasan sekitar terutama lereng bukit dan tebing sungai telah ditarah bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara seterusnya merosakkan kawasan tapak sejarah tersebut.

“Saya harap agar kerja-kerja tersebut dihentikan dan kawasan tersebut dapat diperbaiki semula. Kawasan ini juga menjadi tumpuan pelancong luar negara yang ingin menyaksikan sendiri kawasan pertempuran ini.

“Sekiranya kawasan ini dirosakkan, iamerencat segala aktiviti sejarah di kawasan tersebut. Kawasan ini juga harus digazetkan oleh Jabatan Warisan Negara agar terjaga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Shaharom, jambatan yang ada di situ dan kawasan sekitarnya menjadi medan pertempuran dan diiktiraf oleh Kerajaan Australia sebagai tapak monumen sejarah dan telah dibina tugu peringatan.

“Sambutan memperingati kejadian tersebut sering dijalankan oleh Kerajaan Australia dan veteran perang di kawasan ini.

“Kawasan ini juga menjadi simbol kepada keamanan negara kerana ia menjadi contoh dan rujukan tentang peperangan yang merugikan sesiapa yang terlibat. Ia menjadi pengajaran dan pedoman kepada masyarakat Malaysia agar cintakan keamanan,” katanya.

Sementara itu, difahamkan pembinaan jalan sementara itu adalah bagi memberi laluan bagi pembinaan jambatan baharu selepas jambatan sedia ada sudah tidak lagi sesuai dan sering tidak boleh dilalui apabila banjir besar melanda.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua Sungai Kelamah atau lebih dikenali sebagai Tugu Peringatan Sungai Kelamah dibina sebagai memperingati bekas Tentera Australia dan Jepun serta keluarga mereka yang terkorban semasa berlakunya peperangan antara Batalion Australia ke-2/30 dengan Tentera Jepun.

Dalam usaha menghalang kemaraan Tentera Jepun, jambatan kayu yang merentangi Sungai Gemencheh di Kampung Sungai Kelamah yang menghubungkan Tampin dengan Gemas terpaksa diletupkan oleh Tentera Australia.

Tapak jambatan dan beberapa tiangnya masih kekal sehingga ke hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya