Toh Puan Zurina selamat bersemadi

Toh Puan Zurina selamat bersemadi

SOLAT jenazah Allahyarhamah Toh Puan Zurina Kassim di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka yang dihadiri pemimpin kerajaan negeri dan orang ramai. - UTUSAN/AMRAN MULUP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jenazah Allahyarhamah Toh Puan Zurina Kassim selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, kira-kira pukul 10 malam tadi selepas selesai solat jenazah yang diimamkan Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil.

Solat jenazah disertai suami Allahyarhamah, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan ketua-ketua jabatan serta orang ramai yang menunggu sejak pukul 4.00 petang.

Jenazah tiba di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil di sini dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.15 petang untuk dimandi dan dikapankan sebelum dibawa ke Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, bagi penghormatan terakhir.

Hampir sejam rakyat diberi peluang untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah sebelum dibawa ke Masjid Al-Azim kira-kira pukul  8.30 malam untuk solat jenazah dihadiri 1,000 orang.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi ahli keluarga Toh Puan Zurina termasuk pemimpin kanan negeri sewaktu majlis pengkebumian berjalan. Allahyarham dikebumikan berhampiran pusara Yang Dipertua Negeri Kelima, Tun Syed Ahmad Sahabuddin dan Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Toh Puan Zurina, 78, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 10.10 pagi semalam di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya