Tiga rakan maut motosikal ditunggangi dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Tiga rakan maut motosikal ditunggangi dirempuh kereta

KEADAAN motosikal yang ditunggangi tiga rakan yang maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 80, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bukit Besi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Hasrat tiga rakan karib makan malam bertukar tragedi apabila mereka maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 80, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bukit Besi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 malam, Muhammad Faris Haikal Mohd. Faizal, Muhammad Hafiqzie Mohd. Zukri, Mohammad Salman Faris Samsu masing-masing berusia 14 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketiga-tiga mangsa merupakan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Muhammad Faris Haikal dan dibonceng dua rakannya dari arah Bukit Besi menghala ke Jabor bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback yang datang dari arah bertentangan.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta dinaiki pasangan suami isteri berusia 50 tahun dan 45 tahun bersama dua anaknya ke arah Jerangau, dikatakan tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan untuk memotong sebuah kenderaan lain telah bertembung dengan motosikal mangsa.

“Akibat rempuhan tersebut, dua daripada mangsa tercampak di atas jalan raya manakala seorang lagi terseret beberapa meter,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baharudin berkata, pemandu dan penumpang Proton Saga Aeroback hanya cedera ringan.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan mereka yang cedera turut dirawat di hospital sama,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya