Tiga Orang Asli mengaku tak salah rogol gadis bawah umur 

Tiga sahabat Orang Asli mengaku tidak bersalah rogol gadis bawah umur 

TIGA lelaki Orang Asli dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan atas kesalahan merogol secara berkumpulan remaja perempuan bawah umur di Bukit Ibam, Muadzam Shah di Rompin, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiga sahabat Orang Asli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini, hari ini atas pertuduhan merogol gadis bawah umur, 20 Ogos lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Rosli Bakar, 29; Helmat, 22, dan Murad Ahmad, 26, secara bersama dituduh melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa berusia 14 tahun. Ketiga-tiga tertuduh mohon dibicarakan selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan hakim Shahrul Rizal Majid.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama, di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin antara 20 Ogos hingga 21 Ogos lalu kira-kira pukul 11.15 malam hingga 7 pagi.

Dengan itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Saifuddin Abdul Rahman.

Ketika prosiding, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ketiga-tiganya didakwa di Mahkamah Majistret Pekan, semalam di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mangsa yang sama.

Mahkamah menetapkan tarikh 29 September ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Terdahulu, 23 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan tiga lelaki Orang Asli ditahan polis dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang remaja perempuan di Bukit Ibam. Berdasarkan laporan awal polis, penemuan mayat mangsa dipercayai seorang gadis juga dari masyarakat Orang Asli berusia 14 tahun dan tidak bersekolah.

Mayat ditemukan dalam keadaan berdarah di tangan dah kepala di kawasan lereng bukit yang bersemak berdekatan dengan laluan rumahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya