Tiada rawatan khas, cukup lulur sahaja - Ruth Sahanaya - Utusan Malaysia

Tiada rawatan khas, cukup lulur sahaja – Ruth Sahanaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekal anggun pada usia 55 tahun, penyanyi Indonesia, Ruth Sahanaya mengakui, tidak melakukan sebarang rawatan khas, sebaliknya mengamalkan lulur untuk menjaga kulit tubuhnya.

Jelas penyanyi Kaulah Segalanya itu, dia mengamalkan lulur sejak muda dan menolak sebarang rawatan moden yang boleh membawa kemudaratan, terutama apabila memasuki usia emas.

“Tidak ada yang istimewa, mungkin saya memang suka melulur badan. Lulur itu dibuat dari Bandung. Keluarga saya yang hasilkan sendiri. Itu sahaja. Selebihnya, jaga kesihatan.

“Saya juga suka minum teh hijau. Bagus untuk kulit,” katanya.

Dalam pada itu, kongsi penyanyi bersuara emas itu lagi, dia juga mengamalkan rutin makanan yang sihat dan senaman ringkas sesuai usianya untuk kekal aktif serta mempunyai stamina, terutama untuk beraksi di atas pentas.

“Kalau bercakap soal tenaga dan stamina, saya ada melakukan aktiviti bersenam. Tetapi, tidaklah yang berat. Ringan sahaja. Sekadar berjalan atas treadmill.

“Lagi satu, kita kena jaga makan. Itu sangat penting,” ujarnya.

Tambah Ruth, sebagai manusia, perlu sentiasa bersyukur dan tidak terlalu mengejar kecantikan sehingga sanggup melakukan rawatan tertentu.

“Kita perlu berfikiran positif. Kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya