PUTRAJAYA: “Tiada kenyataan media daripada saya.”
Demikian reaksi ringkas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebaik keluar daripada bilik Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.
Tindakan itu sekali gus masih belum menjawab kehadiran beliau dalam prosiding rayuan terakhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Terdahulu, Muhammad Shafee membuat kemunculan semula pada saat-saat akhir dalam rayuan akhir bekas Perdana Menteri.
Kemunculan itu didakwa untuk membantu peguam terkini Najib, Hisyam Teh Poh Teik dalam permohonan Ahli Parlimen Pekan itu agar Ketua Hakim Negara (KHN), Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar dan memutuskan rayuan tersebut.
Terdahulu, ketika mahkamah mula bersidang, Hisyam memohon masa tambahan selama 10 minit bagi menunggu Muhammad Shafee yang kini dalam perjalanan ke Mahkamah.
Muhammad Shafee sebelum ini pernah mewakili Najib dalam kes penyelewengan SRC. – UTUSAN