The Lord Musang King bawa wajah filem Malaysia ke mata dunia - Utusan Malaysia

The Lord Musang King bawa wajah filem Malaysia ke mata dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) melihat penerbitan filem The Lord Musang King sejajar dengan program Road To Oscar yang dirancang kerajaan sebelum ini.

Timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, karya yang mendapat sentuhan Malaysia dan Korea Selatan itu dilihat dapat membawa wajah filem Malaysia ke mata dunia.

“Kami di kementerian memang menggalakkan kerjasama seperti ini, sekaligus dapat meningkatkan industri kreatif dan perfileman.

“Filem ini juga saya lihat sebagai usaha mempromosikan pelancongan dan buah-buahan tempatan yang eksotik seperti Musang King,” katanya.

Zahidi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem The Lord Musang King di Mutiara Damansara, di sini, hari ini.

Selain itu, Zahidi juga berharap kerjasama ini akan membuka peluang kepada produksi tempatan untuk bekerjasama dengan penggiat seni negara serantau.

“Filem yang kita hasilkan perlulah berkualiti dan ada sentuhan antarabangsa. Sekarang, kita bekerjasama dengan Korea Selatan. Selepas ini, mungkin kita boleh bekerjasama dengan Thailand atau Indonesia.

“Saya juga memuji apabila pengarah hebat dari Korea Selatan seperti Lee Moon Ho sudi untuk bekerjasama, walaupun ada jurang bahasa.

“Kami di kementerian memberikan sokongan padu dan berharap, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dapat menghulurkan bantuan dari segi geran atau dana untuk rangka promosi,” katanya.

Filem The Lord Musang King diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd menampilkan barisan pelakon Malaysia dan Korea Selatan antaranya Yusof Bahrin, Fimie Don, Jay Iswazir, Harissa Adlynn Halim dan ramai lagi.

Penggambaran bakal bermula pada 11 Ogos ini selama 21 hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya