Teruskan projek Mara Digital Mall - PM

Teruskan projek Mara Digital Mall – PM

ISMAIL Sabri Yaakob membuat tinjauan di Mara Digital Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) diarah meneruskan projek Digital Mall.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi membuka peluang kepada anak muda bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT) yang merupakan trend terkini dan masa depan.

“Mara Digital sangat dekat di hati saya. Ia diwujudkan bagi membangunkan usahawan Bumiputera dalam bidang IT dan gajet sama ada menjual produk, pembaikan dan lain-lain.

“Beberapa Mara Digital telah diwujudkan seperti di Shah Alam, Kuantan, Ipoh dan beberapa tempat yang telah dikenal pasti seperti di Larkin Johor, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching serta Kota Kinabalu,” katanya menerusi akaun media sosial miliknya.

Namun, katanya, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan, Mara Digital Mall  ditutup dan projek baharu tidak diteruskan.

“Saya telah mengarahkan Mara meneruskan projek Mara Digital ini bagi membuka peluang kepada anak muda bumiputera terlibat sebagai usahawan IT yang merupakan trend terkini dan masa depan,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri membuat tinjauan mengejut di Mara Digital Kuala Lumpur bersama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Alhamdulillah, dalam tinjauan peniaga memaklumkan masih mampu untuk meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat cuma memerlukan sokongan dari Mara seperti promosi, bantuan pinjaman, pengurangan kadar sewa dan lain-lain,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya