Terokai destinasi pelancongan berbasikal dengan komuter

Terokai destinasi pelancongan berbasikal dengan komuter

MASRI Razali (tiga dari kanan) dan Mohd. Zaini (dua dari kanan) ketika program  Seremban Cyclo Tourism-Terokai Seremban Dengan Basikal di Stesen Keretapi Seremban di Seremban, Negeri Sembilan hari ini. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penggemar aktiviti berbasikal kini boleh meneroka laluan menarik melalui perkhidmatan tren KTM Komuter selepas Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) membenarkan semua jenis basikal dibawa masuk secara percuma bermula 6 Ogos lalu. 

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, penunggang basikal sama ada secara persendirian atau berkumpulan boleh membawa basikal mereka pada luar waktu puncak pada hari bekerja dan sepanjang masa pada hujung minggu. 

“Sebelum ini, KTMB hanya memberi kebenaran kepada basikal lipat namun mulai 6 Ogos lalu semua jenis basikal termasuk road bike dibenarkan menggunakan KTM Komuter pada masa ditetapkan. 

“KTMB pernah melancarkan tren khas Express Koc Basikal (XKB) di laluan Tanjung Malim dan Kuala Kangsar, Perak yang mana ia boleh membawa hampir 100 basikal ke destinasi permintaan pelanggan,” katanya pada Majlis Perasmian Seremban Cylo Tourism @ Terokai Seremban Dengan Basikal di Stesen Keretapi Seremban di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali dan Setiausaha MBS, Mas Midyawan Yahya. 

Mohd. Zaini memaklumkan, sebelum ini caj RM2 dikenakan kepada pengguna yang membawa basikal ke dalam tren. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya