PETALING JAYA: Musim tengkujuh yang lazimnya melanda hujung tahun bukan halangan untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, situasi sama pernah berlaku pada 1999 apabila PRU10 diadakan pada bulan November. Katanya, dalam situasi cuaca yang tidak menentu pada masa ini, tiada masalah jika PRU15 mahu diadakan pada hujung tahun sepertimana khabar angin yang bertiup. “Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mempunyai pengalaman semasa 1999 dan tentunya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya