Tauke urut didenda RM20,000, padah gaji wanita Thailand - Utusan Malaysia

Tauke urut didenda RM20,000, padah gaji wanita Thailand

THONG Hang Seng diiring keluar anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menggaji dua wanita warga asing secara haram sebagai tukang urut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang tauke kedai urut didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggaji dua wanita warga asing secara haram sebagai tukang urut di premisnya.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Thong Hang Seng, 49, yang membuat pengakuan tersebut sejurus selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menggaji dua perempuan warga Thailand iaitu Siriporn Konkuntod dan Duangmani Chaisri yang tidak mempunyai permit sah untuk bekerja dan memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial.

Kesalahan itu dilakukannya kira-kira pukul 8 malam di Jalan Dalbuquerque, Perkampungan Portugis, Ujong Pasir dekat sini, pada 2 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 Pindaan 2002 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 12 bulan bagi setiap pekerja atau denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dikenakan dengan alasan perniagaannya terkesan akibat pandemik Covid-19 dan baru beroperasi semula empat bulan lalu.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM20,000 atau penjara tujuh bulan jika gagal bayar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya