Tasik Chini: KeTSA jamin pemulihan ikut tempoh UNESCO

Tasik Chini: KeTSA jamin pemulihan ikut tempoh UNESCO

TAKIYUDDIN Hassan (dua dari kanan) memeriksa perbarisan pasukan kadet polis sekolah berkenaan sebaik tiba untuk merasmikan mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan memberi jaminan kerja-kerja pemulihan dan penambahbaikan Tasik Chini di Pahang mengikut tempoh ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau telah menghadap pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang cukup komited dalam usaha mengekalkan status Tasik Chini sebagai sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR).

“Saya telah menyembahkan kepada baginda mengenai segala persiapan yang kita buat di Tasik Chini. Laporan juga sudah dibuat dan akan dibawa ke dalam mesyuarat sebelum diserahkan kepada UNESCO sebelum 30 September nanti.

“Malahan kita turut memberitahu Pemangku Raja Pahang bahawa lesen-lesen perlombongan di kawasan Tasik Chini telah dibatalkan secara keseluruhannya, termasuk milik orang-orang kenamaan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI), di sini hari ini.

Takiyuddin memberitahu, apa yang perlu difahami pada suatu masa dahulu status Tasik Chini bukan hutan simpan sebaliknya merupakan tanah milik kerajaan.

Katanya, ketika itu kerajaan boleh memberi kebenaran kepada usaha perlombongan bauksit atau apa-apa mineral yang terdapat di kawasan tersebut.

“Sekarang kerajaan negeri Pahang telah mewartakan Tasik Chini sebagai Hutan Simpan Kekal.

Jadi itu merupakan antara tindakan kerajaan bagi meyakinkan pihak UNESCO bahawa Tasik Chini masih lagi sebahagian daripada WNBR yang utama di negara ini,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, beliau yakin dengan usaha daripada KeTSA dan Kerajaan Pahang, status yang diberikan oleh UNESCO itu tidak akan terlucut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya