Tambah baik pengangkutan awam di Melaka - Tun Mohd. Ali

Tambah baik pengangkutan awam di Melaka – Tun Mohd. Ali

MOHD. ALI Mohd. Rustam memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dari Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Senawang, Negeri Sembilan pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam mencadangkan kualiti pengangkutan awam ditingkatkan sejajar statusnya sebagai negeri pelancongan.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga harus mempelbagaikan mod pengangkutan bagi menarik minat orang ramai menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama.

Katanya lagi, berdasarkan pemerhatian, kebanyakan pelancong masih memilih untuk menaiki kenderaan sendiri. 

“Kerajaan negeri perlu menarik minat orang ramai menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan dengan menambah baik mutu perkhidmatan termasuk kemudahan untuk warga emas, ibu hamil dan kanak-kanak.

“Selain itu, jumlah laluan dan kekerapan bas dapat ditingkatkan agar tempoh menunggu, akses laluan lebih relevan dan sesuai dengan kehendak pengguna,” katanya ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Seramai 883 penerima dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran sempena Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri.

Tambah Mohd. Ali, beliau turut menyarankan pengangkutan mikro mobiliti dijadikan antara mod pengangkutan manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) harus memudah cara penggunaan teknologi tersebut di Melaka.-UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya