Sultan Johor pertimbang penyelarasan cuti hujung minggu

Sultan Johor pertimbang penyelarasan cuti hujung minggu

ONN Hafiz Ghazi menyerahkan hasil dapatan kajian mengenai penyelarasan hari cuti hujung minggu Johor kepada Sultan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini membentangkan hasil dapatan tentang penyelarasan hari cuti hujung minggu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembentangan hasil dapatan kepada Sultan Ibrahim bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan baginda dalam perkara berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah. Hari ini patik telah membentangkan hasil dapatan kerajaan negeri mengenai penyelarasan cuti hari minggu untuk pertimbangan Tuanku Sultan Johor.

“Insya-Allah Tuanku akan membuat pertimbangan yang terbaik untuk rakyat Bangsa Johor. Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan ringkas dalam laman Facebook rasmi miliknya.

Sebelum ini, Onn Hafiz memberitahu, penyelarasan hari cuti hujung minggu Johor akan memberi kesan kepada 93 peratus rakyat negeri ini yang majoriti merupakan pekerja sektor swasta.

Keputusan itu nanti juga bakal melibatkan seramai 576,691 murid dan pelajar di seluruh negeri ini.

“Keputusan yang bakal dibuat akan membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor dengan majoritinya, iaitu 93 peratus adalah sektor swasta,” katanya.

Pada 14 Jun lalu, Onn Hafiz memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan mengkaji semula penetapan hari cuti hujung minggu negeri berkenaan yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.

Kajian itu dibuat ekoran terdapat keluhan daripada masyarakat mengenai perbezaan hari cuti sektor swasta dan kerajaan selain bagi memastikan ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya