STPM: 74 calon lulus cemerlang di Perak - Utusan Malaysia

STPM: 74 calon lulus cemerlang di Perak

AZNAN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 74 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di negeri ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Pengarah Pendidikan negeri, Aznan Alias berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 0.02 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 60 orang.

“Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2021 tahun lalu adalah seramai 3,385 orang membabitkan 55 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 74 atau 2.19 peratus calon mendapat PNGK 4.0 di mana meningkat sebanyak 14 calon berbanding 60 calon pada tahun 2020,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 3,337 calon atau 98.58 peratus lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran dengan 1.39 peratus atau 47 calon lulus sebahagian manakala 0.03 peratus atau satu calon pula gagal.

Katanya, sebanyak 37 buah sekolah pula berjaya mencapai keputusan lulus 100 peratus manakala 30 buah sekolah berjaya meningkatkan peratus lulus termasuk mengekalkan pencapaian lulus sepenuhnya.

“PNGK calon dalam peperiksaan STPM dihitung berdasarkan purata nilai gred empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.

“Dalam peperiksaan STPM, lulus penuh adalah daripada gred C ke gred A, lulus sebahagian adalah antara gred C- ke gred D, dan gagal pada gred F,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya