STAR guna logo GRS pada PRU-15

STAR guna logo GRS pada PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bersedia menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, memandangkan STAR kini berada dalam GRS maka, mereka akan bertanding menggunakan logo GRS pada PRU kali ini.

JEFFREY KITINGAN

Semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, buat pertama kali STAR bertanding di bawah lambang Perikatan Nasional (PN) dan berjaya memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). STAR merupakan salah satu komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketika ini, STAR hanya mempunyai satu kerusi Parlimen di Sabah iaitu Keningau yang dimenangi oleh Jeffrey pada PRU-14.

Timbalan Pengerusi GRS itu berkata, dari segi sasaran kerusi yang ingin ditandingi oleh STAR masih belum dapat didedahkan kerana perkara itu perlukan perbincangan dengan parti-parti komponen dalam GRS.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan forum sempena Hari Orang Asal, hari ini.

GRS didaftarkan sebagai sebuah entiti politik pada Mac lalu dan dilancarkan secara rasmi pada Mei dengan penyertaan STAR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Kemudian, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) diterima masuk ke dalam gabungan tersebut.

Mengulas lanjut katanya, GRS sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya