Sokong pelaksanaan polisi GEG

Sokong pelaksanaan polisi GEG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Briged Negaraku menyokong sepenuhnya pelaksanaan polisi Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) sekali gus membawa negara ke arah bebas rokok pada masa akan datang.

Presidennya, Khairul Nizam Mohd. Sopery berkata, sepatutnya dasar sudah diketengahkan lebih awal apatah lagi rokok dan vape telah pun difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Atas kekangan dan faktor tertentu kita masih belum berjaya melenyapkan rokok dan vape di muka bumi Malaysia ini walaupun fatwa telah dikeluarkan dan pelbagai kemudaratan dipaparkan di dada akhbar.

“Walaupun rokok telah lama bertapak di negara ini tetapi permasalahan melibatkan pelajar yang merokok dan menghisap vape tidaklah seteruk pada hari ini. Generasi ini yang masih ada harapan dan potensi untuk dibentuk kembali perlu kita selamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang turut digelar sebagai GEG telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 27 Julai lepas antaranya memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti.

Sementara itu, Khairul Nizam berpandangan, usahawan dan pihak pemegang taruh secara langsung dengan rokok dan vape juga adalah tidak perlu melatah kerana dasar berkenaan tidak melarang secara total dan mutlak untuk menjual.

“Tetapi hanya ada sedikit penambahan jika sebelum ini larangan kepada pembeli yang berumur 18 tahun kebawah tetapi selepas dasar ini dilaksanakan penambahan larangan pada yang lahir selepas 1 Januari 2007.

“Mereka boleh terus berniaga seperti biasa tetapi terikat dengan tambahan undang-undang ini,” katanya yang percaya akan berlaku banyak penambahbaikan untuk pelaksanaan dasar tersebut selepas ia diluluskan kelak. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya