Shuib sertai keluarga Suria FM - Utusan Malaysia

Shuib sertai keluarga Suria FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib diumumkan sebagai ahli keluarga baharu stesen radio Suria FM bermula Isnin ini, bergandingan bersama Suraya Borhan dan Ajak.

Pelantikan Shuib itu menamatkan teka teki siapa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas penyampai, Fizi Ali yang menamatkan perkhidmatannya pada Julai lalu.

Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta, DJ Lin berkata, pelantikan Shuib diharap dapat memberi lebih warna dan memantapkan barisan penyampai radio populat tersebut.

“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria, sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.

DJ Lin berkata demikian pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell di IOI City Mall, di sini, petang tadi.

Jelajah Suria 90 Memang Cantik Kak Ell memasuki siri terakhir hari ini selepas menjelajahi beberapa negeri seperti Kuantan, Pahang, Alor Setar, Kedah dan Johor Bahru, Johor bermula awal bulan ini.

Hampir 12,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan gandingan artis 1990-an terkenal seperti Amir UK’s, Mus dan barisan artis popular seperti Dayang Nurfaizah serta Ziana Zain.

Tidak ketinggalan, persembahan turut diserikan dengan barisan artis muda seperti Haqiem Rusly, Wany Hasrita, Imsomniacks, Floor 88, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Shuib sebelum ini pernah berkhidmat sebagai penyampai radio Sinar FM selama dua tahun sebelum mengundurkan diri pada 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya